- Tiada kenaikan tarif bagi penggunaan bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah (Lifeline Band). Kadar ini masih dikekalkan pada paras subsidi 21.8 sen/kWj sejak tahun 1997 lagi.
- Pengguna dengan penggunaan 300kWj sebulan dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif.
- Dengan ini, tiada kenaikan tarif kepada 75% pengguna kediaman(4.4 juta pengguna);
- Tiada kenaikan tarif kepada Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band) (3.3 juta pengguna)
- Tiada kenaikan tarif kepada jaluran 201 - 300kWj (1.1 juta pengguna)
Jika merujuk kepada statistik-statistik di atas, isu kenaikan tarif elektrik sepatutnya dapat diterima oleh rakyat. Persoalannya, apakah rakyat peduli sama ada TNB terpaksa menanggung kenaikan operating yang berdasarkan kepada kenaikan bahan api seperti gas dan arang batu?
Inilah persoalan asas yang perlu difikirkan apabila kita membincangkan tentang kenaikan tarif elektrik oleh TNB.
TNB menyumbang 55% daripada total kapasiti industri melalui aset logi termal dan 3 skim hydroelektrik utama di Semenanjung Malaysia. Dan mereka akan menaikkan harga purata tarif elektrik akan meningkat sebanyak 7.12 peratus atau pun 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj berkuat kuasa 1 Jun.
Alasan yang diberi ialah kenaikan harga gas daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU berkuat kuasa 1 Jun. Begitu juga harga arang batu yang dikatakan meningkat sebanyak US$35.
1. Apakah TNB tidak membeli dan mempunyai simpanan gas dan arang batu untuk penjanaan sebelum 1 Jun 2011?
2. Jika ada, di manakah rasionalnya tarif dinaikkan jika TNB masih mempunyai simpanan gas yang dibeli dengan harga lama?
3. MiM juga ingin bertanya, apakah TNB masih menghantar bil melalui pos?
Jika ya, MiM berpendapat bahawa TNB dapat mengurangkan kos operating jika TNB menggunapakai cara lama mereka iaitu menghantar bil direct terus oleh pembaca meter yang datang ke rumah atau premis.
Dengan cara ini, TNB tidak perlu lagi membayar kos untuk mengpos bil-bil elektrik.
4. Jika merujuk kepada laporan akhbar, TNB tidak menyebutkan tentang satu isu besar yang dihadapi oleh syarikat tersebut iaitu kekurangan bekalan gas. MiM tidak faham kenapa tetapi bekalan gas yang tidak menentu dan tidak mencukupi merupakan salah satu faktor yang sangat dirisaukan oleh TNB.
Malah, pengeluaran elektrik oleh penjana kuasa yang menggunakan gas telah jatuh dengan signifikan sebanyak 20.4% pada 2nd suku jika di bandingkan dengan 1st suku FY2011.
5. Bagaimana pula dengan status 3 loji bakar dengan keupayaaan berjumlah 4,950 MW yang dikendalikan oleh syarikat jana bebas (IPP) yang juga dimiliki TNB?
Apakah loji tersebut tidak menikmati harga bahan bakar yang lebih rendah daripada harga semasa?